Friday, June 3, 2011

Binatang dengan Manusia , Siapa yang tak de akal ?

Semakin hari semakin banyak cerita yang pelik-pelik. Aku pun tak faham. Ohh dunia !! Macam-macam kann. Banyak ragam. Ada yang nak bercerita pasal itu dan ini. Ada yang nak mengutuk orang itu dan ini. Padahal diri sendiri entah betul entah tidak.

Paling sedih berita kes bayi baru-baru ini. Dicampak dari tingkat lima. Ya Allah !! Apa dah jadi dengan dunia. Manusia sudah hilang akal agaknya. Binatang yang tidak berakal pun sayang pada anak-anaknya. Manusia yang berakal membuang anak begitu saja *macam iklan roti gardenia agaknya. Tak de perasaan langsung.


Nampak kan ? Sayang sangat harimau ni dekat anak dia. Tapi manusia ? Boleh buang anak macam buang sampah. Merata-rata je. Nampak sangat mereka-mereka tu tak berhati perut. 



Gambar ni. Sedih kan ? Manusia dah macam tak de akal. Bodoh sangat agaknya. Kesian kan dekat bayi yang tak berdosa ni. Dorang ni tak bersalah. Tak tahu apa-apa. Tuptup jadi macam ni. Tak pe lah adik. Allah mesti ada balasan untuk mereka-mereka tu

Aku yakin kalau adik-adik ni mesti masuk syurga. Sebab dorang kan bayi yang tak berdosa.

Persoalan aku : Manusia dengan binatang, siapa yang tak de akal ?

No comments: